Thursday, June 30, 2016
Cerita: Cairo Pada Lewat 60an
Cerita yg berlaku di Cairo. satu pagi, mak nampak lori besar berhenti di depan rumah. Rupanya lori sampah. Di atas lori ada dua orang budak lelaki turun dari lori. Umurnya agak2 10 tahun. Badannya kurus kering tapi cergas orangnya. Dia orang bukak gate lalu mintak izin masuk. Di belakang nya ada bakul besar. Dia terus ke tempat sampah. Mak pun masuk nak ambik roti untuk kasi dia orang. Bila mak keluar, mak ternampak dia orang tengah keluarkan sampah sambil ambik lebihan roti lalu memakannya. Mak lari ke dalam untuk kasi roti yg baik. Dia orang ketakutan lalu lari keluar. Lori sampah itu pun pecut dengan cepat. Besoknya, mak tak mahu keluar lagi . Takut dia orang lari lagi. Mak siapkan roti dalam plastik. Mak mengintai dari celah tingkap. Bila dia orang datang, apalagi, mereka pun makan macam orang kelaparan. Drebar lori nya pun ikut sama makan. Sejak peristiwa itu, mak tak lupa kasi dia orang makan tapi secara sembunyi2. Dia orang lari sebab takut bila nampak mak. Rumah kita pulak sebelah S'pore embassy tempat abah dan uncle Freddie kerja. Ada seorang polis pulak sentisa mengawal embassy termasuk rumah kita. Rumah tu pulak jenis banglo. Besarnya bukan main. Penuntut dari S'pura yg menuntut di sana, mak dan abah jemput pada HariRaya untuk makan ketupat yang daunnya di hantar oleh nek Mosleha. Kita ramai2 anyam ketupat sambil berbual-bual. student lelakinya pandai memasak. Mantan mufti Tuan Syed Isa Smait sangat pandai masak kuah sate. Sedap betul dia masak. Bila ingat2 cerita tu, mak rasa kita semua bertuah. Hidup di negeri yg aman, ada makan, dan segala-galanya cukup. Alhamdulillah! Cerita di Maghribi ( Morroco ) pun ada. Lain kali mak cerita. InsyaAllah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment